Naskah Pemisah Usia
Bertahun berlalu, Meninggalkan kesan beribu, Tercuit hati melihat coretan dulu, Celoteh bujang mentafsir ilmu. ===== Salam perkenalan buat sahabatku yang masih utuh menulis dan mengarang isi hati. Naskah pemula ini sekadar untuk menyambung pelajaran dari ilmu terdahulu. Bila diteliti, tidak banyak yang mungkin berubah dari coretan bujang dahulu. Pokoknya masih sama, cuma dahannya sahaja yang makin bercabang-cabang. Soalan yang diajukan dalam “ A Mystery ” dahulu sudah ditemukan jawapannya di usia harini. Namun, masih tidak dapat ku hurai dan fahami secara mendalam, hanya sekadar bermain-main di gigi air. Entah sempat di hayat ini atau tidak, hanya masa dan ujianlah yang menjadi gurunya. Bahasa ibunda akan ku jadikan pintu untuk bangsal tulisan akan datang. Semoga akhirnya dapatlah ku huraikan dapatan pengalaman dengan lebih jelas buat bacaan penutur serumpunku; dan buat diriku di usia emas. ===== Bangkitlah jiwaku, Rukunkan pandangan supaya jitu, Resah bukan perkara baharu, Renunglah g...